Politik dan kerajaan Denmark

Ratu Margrethe II, ketua negara Denmark.

Kerajaan Denmark melaksanakan raja berperlembagaan di mana Ratu Margrethe II sebagai ketua negara. Walau bagaimanapun, berikutan pengenalan kepada sistem parlimen kepada kerajaan, tugas raja menjadi lebih sibuk kerana seperti pelantikan rasmi dan pemecatan Perdana Menteri dan menteri-menteri lain dalam kerajaan eksekutif. Raja tidak bertanggungjawab atas tindakan beliau dan orang raja itu adalah orang suci.

Denmark berada dikedudukan ke-4 dalam indeks demokrasi. Denmark bersama New Zealand pada kedudukan teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah, kerana kedua-dua negara tersebut sangat telus dalam kerajaan dan kekurangan rasuah.

Sistem politik

Istana Christiansborg menempatkan eksekutif, cawangan kehakiman dan perundangan kerajaan Denmark.

Sistem politik Denmark dikendalikan di bawah rangka kerja Perlembagaan Denmark. Untuk melakukan sebarang perubahan, ia memerlukan majoriti mutlak dalam dua penggal parlimen berturut-turut dan kelulusan majoriti melalui referendum (dan majoriti referendum mesti membentuk sekurang-kurangnya 40 peratus daripada pengundi). Ia telah disemak semula setiap empat kali dan paling terkini pada tahun 1953.

Denmark merupakan negara perwakilan demokrasi dengan hak pengundian bebas. Ahli-ahli parlimen terletak pada perwakilan berkadar parti politik. Denmark mengundi 175 ahli ke dalam Folketing Bahasa Melayu: Parlimen, sama juga dengan Greenland dan Kepulauan Faroe yang mengundi sebanyak dua kali ganda ahli. Pengundian parlimen berlaku pada setiap empat tahun, tetapi mengikut kepada kuasa Perdana Menteri yang bertanya kepada raja untuk membuat pengundian pada bila-bila masa. Pada undi tidak percaya, Folketing boleh memaksa seorang menteri tunggal atau keseluruhan kerajaan untuk meletakkan jawatan.

Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan mana-mana menteri kabinet. Posisi Perdana Menter diperuntukkan kepada ahli parlimen yang boleh mendapatkan sokongan majoriti di Folketing. Denmark diperintah oleh kerajaan campuran dan kadang-kadang kerajaan minoriti.

Lars Løkke Rasmussen menjadi Perdana Menteri Denmark dari April 2009 sehingga September 2011. Beliau menjadi ketua sayap kanan kabinet campuran yang terdiri daripada parti Venstre (sebuah parti konservatif-liberal) dan Parti Rakyat Konservatif serta Parti Rakyat Denmark. Berikutan pengundian pada September 2011, pemimpin sayap kanan itu tewas kepada pihak lawan yang merupakan sayap kiri campuran, Helle Thorning-Schmidt, yang kemudian menjadi Perdana Menter Denmark pada 3 Oktober 2011 dan membentuk kabinet baru yang terdiri daripada Demokrat Sosial, Parti Liberal Sosial Denmark dan Parti Rakyat Sosialis. Kabinet kedua Thorning-Schmidt dibentuk pada 3 Februari 2014 dengan penyingkiran Parti Rakyat Sosialis.

Sistem kehakiman

Sistem kehakiman Denmark merupakan sistem undang-undang sivil yang dibahagikan antara mahkamah dan bidang kuasa jenayah dengan bidang kuasa ke atas tindakan undang-undang antara individu dan pentadbiran awam. Kerajaan Denmark tidak ada sistem kehakiman tunggal - Denmark mempunyai satu sistem, Greenland mempunyai lebih dan Kepulauan Faroe mempunyai tiga. Walau bagaimanapun, rayuan oleh mahkamah tertinggi di Greenland dan Kepulauan Faroe akan diterima oleh Mahkamah Tertinggi Denmark. Mahkamah Tertinggi Denmark merupakan sivil tertinggi dan mahkamah jenayah yang bertanggungjawab bagi pentadbiran keadilan di Kerajaan Denmark.

Artikel 62 dan 64 Perlembagaan memastikan kebebasan kehakiman dari kerajaan dan Parlimen dengan memberikan hakim-hakim hanya boleh dipandu oleh undang-undang, termasuk perbuatan, ketetapan dan amalan.

Hubungan luar dan ketenteraan

Tentera Denmark sedang menjalani latihan.

Hubungan luar negara sebahagian besarnya dipengaruhi oleh Kesatuan Eropah (EU) apabila Denmark menyertai kesatuan itu pada tahun 1973. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Denmark tamatkan polisi berkecualian selama 200 tahun. Denmark selepas itu menjadi ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sejak penubuhannya pada tahun 1949. Denmark pada hari ini aktif dengan polisi luar, iaitu aktiviti kemanusiaan, demokrasi dan nilai-nilai penting yang hendak dipertahankan. Kini, Greenland dan Kepulauan Faroe menitikberatkan pada hal antarabangsa terutama pada isu memancing, penangkapan ikan paus dan kebimbangan geopolitik.

Tentera Kerajaan Denmark dikenali sebagai Pertahanan Denmark. Tentera Denmark kini seramai 27,000 orang: 15,460 dalam Tentera Darat Denmark, 5,300 dalam Tentera Laut Diraja Denmark dan 6,050 lagi dalam Tentera Udara Diraja Denmark. Ratu Denmark kini merupakan Panglima Tertinggi atau Commander-in-chief bagi Pertahanan Denamrk. Ratu juga menjadi ketua hubungan dua hala Denmark.

Agensi Pengurusan Kecemasan Denmark menempatkan 4,000 orang dalam Perintah Pertahanan Denmark dan Penubuhan Pertahanan Denmark serta Perkhidmatan Perisikan Pertahanan Denamrk. Tambahan lagi, kira-kira 55,000 sebagai sukarelawan Danish Home Guard. Denmark merupakan penyokong kuat keamanan antarabangsa. Pertahanan Denmark menempatkan 1,400 staf dalam misi keamanan antarabangsa. Mereka juga menjalani misi ke Afghanistan, Kosovo dan juga Lubnan. Pada tahun 2003 dan 2007, Denmark menghantar 450 tentera ke Iraq.